Thursday, 12 April 2012

Sabah Development Corridor (SDC) & Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA)


Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah Development Corridor(SDC), merupakan satu projek pembangunan Sabah yang telah dilancarkan pada 29 januari 2008 oleh bekas perdana menteri iaitu YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tempoh pelaksanaan bagi projek pembangunan ini adalah bermula dari tahun 2008 sehinggga tahun 2015. Di dalam tempoh masa tersebut, tempoh pelaksanaan projek telah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama dikenali sebagai Fasa Meletakkan Asas Bagi Pertumbuhan(2008-2010), fasa kedua dikenali sebagai Fasa Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi(2011-2015) dan fasa ketiga dikenali sebagai Fasa Perluasan(2016-2025).   Selaras dengan tiga fasa projek pembangunan yang telah dirangka, terdapat lima objektif yang ingin dicapai dalam pelan Pembangunan Koridor Sabah, iaitu:
 1. Sabah dimajukan sebagai pintu gerbang utama rantau Asia Tenggara bagi tujuan perdagangan,         pelaburan dan pelancongan,
2. Sabah menjadi sebuah negeri yang rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera tanpa mengira bangsa dan agama,
\3. Sabah sebagai sebuah negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin kualiti hidup yang bermutu,     
 4. Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan,
5. Sabah sebagai sebuah negeri yang selesa untuk didiami dengan kualiti hidup yang tinggi serta kepelbagaian budaya, warisan dan alam sekitar.

            Bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najiz Tun Razak, tema SDC iaitu Harnessing Unity in Diversity for Wealth Creation and Social Well-Being telah menggariskan tiga prinsip utama SDC. Prinsip SDC tersebut meliputi;
        I.            Memperoleh aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi,
      II.            Mengalakkan pengagihan ekonomi yang seimbang dengan pengagihan,
    III.            Memastikan pertumbuhan mapan melalui pemuliharaan alam sekitar.

            Bagi merancakkan lagi pelaksanaan pembangunan Sabah di bawah SDC, Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan instrumen penubuhan SEDIA pada 15 januari 2009. Sabah Economic Development and Investment Authority atau SEDIA telah diberi tanggungjawab utama dalam merancang, mengkoordinasi, mempromosi dan merancakkan pembangunan SDC. Pelaksanaan SEDIA sebagai penggerak utama SDC telah menyebabkan SEDIA memiliki beberapa keistimewaan. Keistimewaan SEDIA termasuklah mempunyai kuasa yang penuh dalam Pendaftaran Syarikat, Pengesahan Lesen, Permit Kerja, Tanah, Pengesahan Perancangan, Pengesahan Utiliti dan juga sebagai satu insentif. Di bawah bidang kuasa SEDIA, terdapat beberapa program utama pelaksanaan SDC yang akan dikendalikan. Program berkenaan meliputi;
        I. Pembangunan Kinabalu Harbour dan Gold Coast Enclave,
    II. Penyatuan infratsrutur logistik dan pengangkutan serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan,
 III. Pembangunan Lembah Makanan Interior; meliputi beras komersial, buah-buahan dan pengeluaran ternakan.
  IV. Pembangunan Agro-Marin Belt: POIC Lahad Datu, Taman Kekal Pengeluaran Makanan, makanan laut dan akuakultur.
      V. Pembangunan kluster Industri Minyak dan Gas.
    VI. Sandakan-Kinabatangan- Beluran Bio-Segitiga. Hab pendidikan Sandakan, POIC Sandakan, Bandar Samudera Elopura dan Pemulihraan Hidupan liar.
VII. Pemulihan dan pemuliharaan alam sekitar. Promosi EcoDesign, pengurangan Tapak Karbon(teknologi hijau), dan pemuliharaan biodiversiti.
VIII. Pembangunan Zon Teluk Brunei. Logistik Multi-modal dan pengangkutan, industri halal, Sabah Agro-indsutrial Precint, pelayaran dan sukan laut.
   IX.  Projek agropolitan bagi golongan miskin luar bandar.
 X. Penyertaan dalam pameran perdagangan dan promosi pelaburan. Menggalakkan sumber pertumbuhan baru melalui permohonanteknologi perintis dalam SDC,                                                                         seperti ICT, bioteknologi dannanoteknologi (pembangunan bakat kreatif contohnya, bioinformatik, Sabah Bio-Xchange Inisiatif, inkubator rangkaian danindustri hubungan sains)
  XII.Mewujudkan Pusat Perkhidmatan Sehenti bagi SDC dan mejaPerniagaan untuk PKS, permulaan dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Sunday, 18 March 2012

Pantai Kelambu Kudat


Pantai Kelambu merupakan sebuah pantai yang terletak di daerah Kudat dan terletak berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau. Pantai ini menjadi salah satu tapak kajian lapangan kami untuk subjek Pelancongan, yang merupakan salah satu subjek minor bagi kami,keunikkan pantai ini terletak pada kewujudan pula kecil yang terletak berhadapan pantai kelambu dan dihubungkan melalui beting pasir yang wujud disitu. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa di bahagian tengah pulaukecil(Bawang Jamal) itu terdapatnya air terjun. Walau bagaimanapun, kesahihan sumber itu tidak dapat dibuktikan memandangkan kami tidak berupaya untuk pergi jauh lagi ke dalam pulau kecil tersebut. Menurut cerita penduduk tempatan juga, suhu air yang terdapat di kedua-dua bahagian beting tersebut adalah berbeza. Sekiranya suhu air di bahagian kiri adalah sejuk, maka suhu air di bahagian kanan pula adalah panas dan sebaliknya. Keunikkan pantai tersebut juga boleh dilihat melalui kedalaman ar laut di kedua-dua bahagian tersebut. Ini kerana, kedalaman air laut pada bahagian kiri(dari gambar) adalah cetek dan di bahagian kanan pula adalah  dalam sedikit.