Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah
Development Corridor(SDC), merupakan satu projek pembangunan Sabah yang telah
dilancarkan pada 29 januari 2008 oleh bekas perdana menteri iaitu YAB Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Tempoh pelaksanaan bagi projek pembangunan ini adalah
bermula dari tahun 2008 sehinggga tahun 2015. Di dalam tempoh masa tersebut,
tempoh pelaksanaan projek telah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama
dikenali sebagai Fasa Meletakkan Asas Bagi Pertumbuhan(2008-2010), fasa kedua
dikenali sebagai Fasa Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi(2011-2015) dan fasa
ketiga dikenali sebagai Fasa Perluasan(2016-2025). Selaras dengan tiga fasa projek pembangunan
yang telah dirangka, terdapat lima objektif yang ingin dicapai dalam pelan
Pembangunan Koridor Sabah, iaitu:
1. Sabah dimajukan
sebagai pintu gerbang utama rantau Asia Tenggara bagi tujuan perdagangan, pelaburan dan pelancongan,
2. Sabah menjadi
sebuah negeri yang rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera tanpa
mengira bangsa dan agama,
\3. Sabah sebagai
sebuah negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin
kualiti hidup yang bermutu,
4. Sabah sebagai
sebuah negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan,
5. Sabah sebagai
sebuah negeri yang selesa untuk didiami dengan kualiti hidup yang tinggi serta
kepelbagaian budaya, warisan dan alam sekitar.
Bersesuaian dengan konsep 1
Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang telah diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Dato Seri Najiz Tun Razak, tema SDC iaitu Harnessing Unity in Diversity for Wealth
Creation and Social Well-Being telah menggariskan tiga prinsip utama SDC.
Prinsip SDC tersebut meliputi;
I.
Memperoleh
aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi,
II.
Mengalakkan pengagihan
ekonomi yang seimbang dengan pengagihan,
III.
Memastikan
pertumbuhan mapan melalui pemuliharaan alam sekitar.
Bagi
merancakkan lagi pelaksanaan pembangunan Sabah di bawah SDC, Dewan Undangan
Negeri Sabah telah meluluskan instrumen penubuhan SEDIA pada 15 januari 2009. Sabah Economic Development and Investment Authority atau SEDIA telah diberi tanggungjawab utama dalam merancang,
mengkoordinasi, mempromosi dan merancakkan pembangunan SDC. Pelaksanaan SEDIA
sebagai penggerak utama SDC telah menyebabkan SEDIA memiliki beberapa
keistimewaan. Keistimewaan SEDIA termasuklah mempunyai kuasa yang penuh dalam
Pendaftaran Syarikat, Pengesahan Lesen, Permit Kerja, Tanah, Pengesahan
Perancangan, Pengesahan Utiliti dan juga sebagai satu insentif. Di bawah bidang
kuasa SEDIA, terdapat beberapa program utama pelaksanaan SDC yang akan
dikendalikan. Program berkenaan meliputi;
I. Pembangunan
Kinabalu Harbour dan Gold Coast Enclave,
II. Penyatuan
infratsrutur logistik dan pengangkutan serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan,
III. Pembangunan Lembah Makanan Interior; meliputi
beras komersial, buah-buahan dan pengeluaran ternakan.
IV. Pembangunan
Agro-Marin Belt: POIC Lahad Datu, Taman Kekal Pengeluaran Makanan, makanan laut
dan akuakultur.
V. Pembangunan
kluster Industri Minyak dan Gas.
VI. Sandakan-Kinabatangan-
Beluran Bio-Segitiga. Hab
pendidikan Sandakan, POIC Sandakan, Bandar Samudera Elopura dan Pemulihraan
Hidupan liar.
VII. Pemulihan dan
pemuliharaan alam sekitar. Promosi
EcoDesign, pengurangan Tapak Karbon(teknologi hijau), dan pemuliharaan
biodiversiti.
VIII. Pembangunan Zon
Teluk Brunei. Logistik
Multi-modal dan pengangkutan, industri halal, Sabah Agro-indsutrial Precint,
pelayaran dan sukan laut.
IX. Projek
agropolitan bagi golongan miskin luar bandar.
X. Penyertaan dalam
pameran perdagangan dan promosi pelaburan. Menggalakkan
sumber pertumbuhan baru melalui permohonanteknologi perintis dalam SDC, seperti
ICT, bioteknologi dannanoteknologi (pembangunan bakat kreatif contohnya,
bioinformatik, Sabah Bio-Xchange Inisiatif, inkubator rangkaian danindustri
hubungan sains)
Boleh saya tahu apa yang sudah tercapai daripada program-program tersebut ya?Sebab saya sedang mencari maklumat berkaitan dengan SDC punya pencapaian sehingga kini.Harap persoalan saya ini terjawab lah. Tq
ReplyDelete